Sejarah Penubuhan

Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen


Koleksi Asia Tenggara dan Dokumen (KAT/DOK) merupakan koleksi penting yang menjadi asas kepada Koleksi Penyelidikan Perpustakaan.Sejak penubuhan koleksi ini dalam tahun 1977, pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan dan menjadikannya sebuah koleksi yang mantap yang boleh berfungsi sebagai pusat rujukan para penyelidik.Kini koleksi dokumen dijadikan Nic Perpustakaan dalam menawarkan perkhidmatan dan koleksi kepada pelanggan.


Fungsi Unit

1.  Merancang dan mengurus perkhidmatan dan pembangunan Koleksi Asia Tenggara        dan Dokumen sesuai dengan dasar Perpustakaan.

2. Merancang dan menguruskan pembangunan Koleksi Asia Tenggara dan    
               Dokumen bagi  menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

3. Menguruskan pendokumentasian bahan-bahan terbitan Kerajaan Malaysia dan       
               luar negara.

4. Menjalankan aktiviti menggalakkan penggunaan bahan-bahan dengan     
              mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran, penerbitan panduan perkhidmatan   
              dan brosur.


  Objektif Unit

1. Mengumpul dan menempatkan bahan-bahan mengenai Asia Tenggara dan terbitan  
               kerajaan dalam pelbaga bidang perkara  bagi memenuhi keperluan makluman  
               pelanggan

          2. Menguruskan dan mendokumenkan semua bahan-bahan mengenai Asia Tenggara  
              dalam pelbagai bidang perkara meliputi agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah,  
              politik, sosiologi, ekonomi, kebudayaan,  undang-undang, pendidikan, alam  
              sekitarsains dan teknologi.

         3. Menguruskan dan mendokumenkan semua bahan-bahan terbitan kerajaan Malaysia  
             dan luar Negara 


KOLEKSI ASIA TENGGARA


Koleksi Asia Tenggara (KAT) dikendalikan oleh Bahagian Koleksi Asia Tenggara & Dokumen. KAT merupakan koleksi asas penyelidikan Perpustakaan. Ditubuhkan dalam tahun 1977, Perpustakaan kini mempunyai lebih 48, 790 naskah bahan dalam bidang Asia Tenggara.


Matlamat
  • Membina Pusat Kecemerlangan Sumber Maklumat yang lengkap dalam bidang pengajian Asia Tenggara.
  • Mengumpul dan menempatkan bahan mengenai Asia Tenggara untuk rujukan pelanggan
  • Menyimpan dan memelihara bahan nadir dan bahan habis cetak mengenai Asia Tenggara.
Bahan
  • Menempatkan semua bahan yang berkaitan dengan negara Asia Tenggara. Bahanbahan dalam koleksi akses terhad ini meliputi pelbagai bidang perkara termasuk agama,bahasakesusasteraansejarahpolitiksosiologiekonomikebudayaanundang-undangpendidikan serta sains dan teknologi.
  • Pemilihan bahan adalah berasaskan negara-negara di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Myanmar, Indonesia, Singapura, Kampuchea, Thailand, Laos dan Vietnam.
  • Walaubagaimanapun, Perpustakaan member tumpuan terhadap perolehan penerbitan mengenai Malaysia dan negara-negara ASEAN. Bahan tersebut boleh didapati dalam Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda dan sedikit dalam bahasa-bahasa lain.

No comments:

Post a Comment